Jumaat, 30 Disember 2011

Tazkirah Remaja (Bahagian 2)

5 resipi untuk melakukan perubahan diri

* Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri . Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda . Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama .

* lakukan perubahan secara perlahan-lahan . tidak dinafinakan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata . Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan ,dengan izain ALLAH kita dapat berubah seperti yang diinginkan . Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri .


* Lakukan perubahan pada masa sekarang . Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama . Ini keran semakin lama kita bertangguh , ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya . Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan . Jadi ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan .

* Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lalukannya dengan bersungguh-sungguh . Kita perlu memaksa diri untuk berubah sepenuh hati . Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah . Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa . Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita .


* Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita .
Jika perubahn itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya berubah untuk seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama . Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya .


Diri Seseoarng Sudah Ditentukan ALLAH Sejak Lahir  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan