Jumaat, 30 Disember 2011

Tazkirah Remaja (Bahagian 1)

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup

1 JENIS KELAMIN DAN JANTINA
 - memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin . Tetapi tidak mampu mengubha roh (spirit) orang berkenaan . Terimalah dirimu, sama ada engkau lelaki atau wanita .

2 ORANG TUA
- kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun ! jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka 1 Jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak . Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti .

3 HARI KELAHIRAN
- Sudah ditetap ALLAh, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita . Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya .

4 BENTUK FIZIKAL
- Jika anda mempunyai rambut kerinting, terima sajalah.Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya . memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidug atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi .

5 MASA LALU
- Ini juga sudah ditetapkan ALLAH . Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran . Justeru, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa depan .

6 KEDUDUKAN DALAM KELUARGA
- Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah tidak boleh diubah dan terimalah seadanya .

7 SUKU BANGSA
- Jangan sesekali menyesal menjadi Orang Melayu,Jawa,Cina atau India . Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir . Jika berubah maka berubahlah hidup kita .

Diri Seseoarng Sudah Ditentukan ALLAH Sejak Lahir  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan